Thursday, January 14, 2010

SEMALAM 'DIA' DATANG

This is TRUE STORY !! Kisah bermula masa aku masih kecik lagi, rasanya 5 tahun ke atas kot BUT I'm still remembered it.
Rumah aku kat kampung dulu bersebelahan dengan 1 rumah besar (kiranya mcm banglo lot kampung lah ni). Tangga rumah tu TINGGI, so rumahnya pun tinggi lah. Tingkat rumah aku (bahagian tepi) kalau bukak, nampak lah tingkap rumah tu. Kalau cakap memang tak dengar tapi kita boleh lihat lah sapa ada kat tingkap tu. Aku kenal semua anggota rumah besar tu (sedara aku gak), aku baik dengan sorang anak dia ni...aku panggil kak Lili. Aku selalu pergi main2 kat rumah tu tapi bukan lah kerap. Kak Lili yang aku kenal selalu sakit, dia putih...kalau dia x sihat, muka dia pucat kekuningan.

Satu hari tu, aku rasa keadaan agak sibok..ayahbonda aku/sedara mara ramai pergi rumah agam tu. Aku ditinggalkan kat rumah dengan pembantu aku. Tak kisah pun...urusan orang tua. Pastu aku tengok ramai lak berarak lalu depan rumah aku, bawak jenazah. 'Oooooo, ada orang mati, eee takut' tu je lah dalam fikiran aku. Petang tu aku macam biasa lah, dok kat tingkap tu, nampak kak lili melambai kat aku, aku pun lambai lah balik....pucat muka dia, sakit lah tu. Kesian

Malam tu, aku rasa....ish x tahu nak bagitau ni. Aku tak pasti aku mimpi ke, aku sedar ke...ingat2 lupa. Yang paling aku ingat aku nampak ular besar kat atas pokok belimbing sebelah rumah aku. Mata dia merah.....ho..ho...ho...Ada mcm mengarut tak apa aku cakap ni ??? Suka hati lah kalau nak dengar ke tak. Pastu aku rasa mcm mata aku bukak, mulut aku boleh bercakap...tapi RASA aku LAIN. Perasaan tu, aku tak tahu....bukan aku nampak hantu pun.......tapi aku penat, aku takut, wa'allah hu'alam'. Ayah aku mesti suruh aku baca ikut dia (ayat quran la), rasanya aku ikut tapi suara ayah mcm sayup2 jer............then bila aku dapat dengar suara ayah aku dgn jelas, then baru aku rasa lega. Lega sbb apa, aku tak tahu.......selalu diakhir-akhir babak, ayah akan tanya nama sorang2 dalam rumah aku (yang membuatkan aku rasa kelakar) pastu ayah akan ambik cili, ayah tanya 'ni gapo ???....makan, makan'. Ayah cakap kalau aku start nak makan cili tu makna nya aku bukan aku lagi. Kikikikiki..................Tapi apa kaitan dgn Kak Lili. Actually jenazah tadi tu kak lili, aku baru tahu bila ayah cakap. Aku bagitau ayah, tadi petang kak lili ada apa...dia lambai'. Semua orang dlm rumah tu cuak !!!

Begitu lah keadaan aku....sampai aku besar, tapi bila dah start menengah, aku dah baik....DIA datang dlm mimpi jer. Bila yang memelikkan datang...last sekali ada orang tua (berjubah, berserban) datang kat tepi aku....aku panggil dia tok ayah(ni cerita mimpi ni). Esok aku bagitau ayah la..Ayah aku tanya, apa tok ayah tu buat....'dia pandang jer, kadang2 senyum'. Kakak aku takut bila nak tidor dengan aku....especially kak pah tu, bila TERpaksa tidor dengan dia, dia tak bagi kita berpandangan dengan dia. Leceh...mcm lah kita nak sangat tidor dengan dia. Hahahaha.....Atas peristiwa kat atas tu, aku tidak akan ditinggalkan oleh ayahbonda aku selepas atau menjelangnya magrib. Anyway, sekarang rumah agam tu dah tak ada....tinggal tapak jer.

Tapi lepas aku kawin, tok ayah JARANG sangat datang jengok aku dlm mimpi aku. Rindu gak kat dia sbb dia baik la...tu ayah cakap (pelik-pelik). Bila aku susah hati, aku sakit...dia datang aaar. Semalam dia datang, kejap jer......masih macam dulu, berserban dan berjubah !

Awaluddin Ma'rifatullah'