Wednesday, August 26, 2009

RINDU.....

Pagi ni aku bangkit dari tidur, aku rasa sayu sangat. Aku mimpi ayahanda...MasyaAllah...., rindunyaaaa !!!!! Dalam mimpi aku nampak dia kat laman rumah kami kat kampung.....siram pokok kat laman seperti yang selalu dia buat masa hidupnya. Aku masa tu ada kat balcony

.....aku terkilan nape lah aku tak peluk ayah, sayang ayah, cium ayah...

Cerita pasal ayahanda aku ni, banyak KENANGAN indah kami sekeluarga. Bonda pergi mengadap Ilahi June 1987 (masa tu aku tingkatan 1). Hidup aku berubah sekelip mata....1 bulan aku tak ke sekolah, bukannya aku malas tapi aku tak KUAT untuk tengok 'lazy chair' bonda aku tersadai kat balkoni tanpa penghuni setiap kali aku nak ke sekolah. Semangat ayahanda aku ambik sikit-sikit...aku tahu dia lagi perit menjalani hidup tanpa isterinya yang tak pernah berpisah.

Ayahanda ambik alih setiap kerja rumah(maid kami dah tak kerja lagi, after a year baru ayah ambik maid sbb kesian aku tak de kawan kat rumah).....pagi2 ayah buat kan mandian air panas untuk aku(masa tu mana ada water heater, lagipun aku asthma...tak boleh mandi air sejuk), buatkan nescafe + cakoi (beli depan rumah) for my breakfast, tengahari pulak balik sekolah, ayah dah belikan lauk nasi sumatera (ayam gulai kuning) nasi dimasaknya sendiri. Ayahandalah HERO aku....Thanx Ayahanda

Ayahanda meninggal July 2005, aku kat KL masa tu...tuhan saja yg tahu....aku dah kerja,  kosong jiwa aku. Ayah dah pergi...... Ayah selalu jadi bahan rujukan setiap kali aku susah hati, nak exam, takde duit, bila cikgu agama suruh hafal surah dan bila mengigau ngeri waktu malam. Whatever it is....aku redha dengan pemergiannya. Perginya takkan kembali. ......tapi mereka sentiada di Qalbu. Aku bersyukur kerana aku PERNAH ada AYAHANDA + BONDA.

Awalludin Ma'rifatullah

No comments:

Post a Comment