Tuesday, September 29, 2009

IBU MERTUAKU


takde kena mengena dengan jalan cerita p.ramlee ni...tapi tajuknya betul lah tu. Mak mertua, umurnya lingkungan 70-80 tahun rasanya. Dia baik, tak pernah pun marah aku dan aku tak ada masalah langsung dengan ibumertuaku ini yang ku panggil 'mok' (mak). Hari raya ke2 hari tu, aku adalah dok melepak dengan dia (sambil tengok dia bungkus ketupat daun palas). Kami bersembang kosong...tup2 telinga aku panas, mcm darah aku dah penuh satu kepala.


Dailognya...(aku translate bahasa standard lah ye....)

Mak : Adek.....semalam kawan mak sebelah rumah tu cakap, 'cantik pulak menantu cik nah pakai baju kurung, tak pernah tengok dia macam tu.....kan elok pakai mcm tu, ni tak...pakai seluar memanjang'. Mak dengar aje lah..mak tak cakap apa-apa pun
Aku : (dalam hati.....huh ! ada aku kesah !!!!) Emm.....
Mak : Mak tak cakap apa2 pun, dia yang membebel sorang-sorang. Dia memang mulut macam tu...
Aku : Dalam hati lagi (ye lah tu mak....) Aku dah tak selesa dok kat depan dia.

Mak mertua aku dok ulang dailog tu 4x rasanya...huh !! Aku rimas lah weh....masa tu husband aku tak ada, dia kat laman rumah. Aku dah banyak kali dengar dia cerita pasal seluar ni......dan dia jugak selalu pesan, kalau datang rumah mak, jangan pakai seluar...jiran2 suka bercerita. Alkisahnya dia dok kat pondok belajar agama...so sekeliling rumah dia tu kononnya penuh dengan ustaz2....orang kampung kot, nampak pakai seluar..mata jadi sakit.

Pastu aku cerita kat husband aku pasal dailog berulang-ulang tu. Husband aku suruh aku buat bodoh jer. Aku tak kisah sebenarnya, tapi bila benda2 kecik giler ni jadi issue, aku jadi bosan !!! Firasat aku, sebenarnya mak mertua aku memang tak suka aku pakai seluar pi rumah dia. Nak aku pakai baju kurung....aduh !!!! Aku tak terdaya ...panas + rimas + tak selesa, dah lah kelantan panas giler. Aku ambik jalan MUDAH...aku fikir positive ...ada orang tegur maknanya ada orang perasan aku wujud + masih sayang kat aku (kot !!!). Apa - apa pun aku tetap sayang kat mak mertua aku, macam bonda aku gak. Love U 'mok'...

Awalludin Ma'rifatullah

KENANGAN TERINDAH


well....ni lah keluarga besar aku. Actually, ni tak cukup lagi...ada dalam rumah gak, tapi gagal dikesan : toilet lah tu. Ni rumah pusaka nenek moyang aku, rumah ni kalau tak silap aku, dah lebih 100 tahun. Ada 5 bilik rumah ni tapi bila time raya, ramai yang nak tidor kat luar...bergelimpangan. I miss this moment !!!!

Aktiviti aku bila time di kampung :

Malam raya - kat rumah ayahanda aku lah, start malam ada masak memasak, keluarkan mangkuk2 untuk sajian termasuklah biskut raya. Menu kali ni : Satay, roti jala + kari ayam, nasi beriani + lauk pauknya, spagetty (macam krismas lak), dan sotong sumbat pulut (ni masakan kelate, BEST). Malam tu aku tidor pkl 2.00pagi. Si qayyum buat perangai. Tahun ni maid dah balik kampung...aku tengok jer lah periuk2 makanan tu...sape lah yang kena basuh (aku dah agak sape...huhuhuhu)

Raya 1 : Pagi Raya, Kecoh + kelam kelibut. Mana taknya...nak kejutkan bangun pagi satu hal...nak mandi lagi satu babak ngeri. SEJUK beb !!! Macam ais. Aku dengan BAIK HATI nya masak air panas utk sesiapa yang nak mandi di pagi raya. La..la...la...la...la. Lepas sembahyang raya, aku ke rumah ibu mertua ku, seterusnya ke rumah bapak mertuaku (diaorang dah berpisah lama dah), dan ke rumah aku balik, dan macam tu lah. Ulang alik, nasib baik rumah2 tu sekangkang kera jer. So bila2 pun boleh sampai. Mak mertua aku masak ketupat daun palas hari raya (malamnya). PELIK jugak...selalu nya malam raya. Tak kisah lah.....aku TRY banyak kali menbungkusnya. GAGAL !!! Rasanya tangan aku tak cukup seni lagi ni. Akan ku cuba sampai berjaya ! Malamnya aku tidor kat chalet tepi pantai (rumah tumpangan mak mertua + sekeluarga). Rumah dia kecik, so tak dapat nak menampung cucu2 nya. Selalunya macam tu lah every year kami buat.

Raya 2 : Emm....ulang alik gak. Tapi malam tu kami (belah husband aku) buat BBQ. Aku tolong perap ayam + ikan jer. Selain tu.....aku MAKAN !!!!

Raya 3 : Layan tetamu kat rumah bapak mertua ku....PENAT, kena buat air banyak kali !!! Dalam pkl 3.00 aku gi rumah kawan baik aku masa sekolah rendah dulu, Len. Best gak kumpul kawan2 lama. Diaorang memang panggil aku 'Tuan'...kadang2 aku tak menyahut pun sbb dah lama orang tak panggil aku dengan panggilan tu. Fikir2 balik..lucunya nama tu.

Raya 4 : Pagi tu kami ke Terengganu (dlm 2 jam) sampai. Pi rumah makcik husband aku...kejap jer pi sana, pastu ke rumah kakak aku open house, then ke rumah kawan sekolah aku dulu, Ani...makan lagi. Huh !!! Kenyang tak tau nak cakap lah.

Raya 5 + seterusnya : Lepak kat rumah2 yang selalu aku tawaf, then ke Pengkalan Kubur...habiskan mana2 duit yang ada.

Well...dengan kata lain...RAYA memang S.E.R.O.N.O.K.
Awalludin Ma'rifatullah

Tuesday, September 15, 2009

AKHIR RAMADHAN

ho..ho..ho.....Ramadhan dah nak habis dah , sikit hari jer lagi. Maknanya beberapa hari lagi aku balik kampung !! Emm....balik kampung memang BEST, tapi yang aku risau ni berapa JAM lah aku kena ada dalam kereta. PENAT nyah (walaupun bukan aku yang drive)..Aku rasa tahun ni aku balik ikut Terengganu kot (lepak 1 malam kat chalet), elakkan penat dek jem nanti.
Well...list barang yang aku nak bawak balik, aku dah siap2 kan tampal kat depan pintu. Selalunya setiap tahun ada jer yang tertinggal (bukan lupa tapi tak ingat). Nak tau ape ? Check it out !!!
  1. Sterika (macam tu ke eja ?)...kat rumah ayah ada tapi versi berat, dah la aku malas gosok baju..nak mengayun sterika tu....fikir 5x beb! (tapi kan last year, anak buaH aku..'yaya' yang tolong gosokkan...kikikiki, macam tu lah anak sedara)
  2. Duit Raya...yang ni kalau terTINGGAL, meraung anak sedara aku ni. Tahun ni ramai pulak yang dah masuk University, so RM nya MERAH, yang tak lepas form 5 lagi tu HIJAU lah (aku tahu ramai diorang cakap aku tak adil !!...hahahaha...aik, LAW aku buat sendiri, mana boleh protes)
  3. Kipas. Pelik tapi benar....rumah 'bapak mertuaku', kipas VERY limited, so aku kena prepare awal2...nanti tidur malam PANAS !!! Nak nya anak aku yang penuh pengisian badannya.
  4. Bantal + Toto...ni bila tidor rumah 'bapak mertuaku' jugak. Bila semua orang dah berkumpul, bantal memang tak cukup. Aku ni ASTHMA..so budget bantal untuk aku jer 3 (2 bantak tidor + 1 bantal peluk)..so sediakan payung sebelum hujan !!
  5. Shampoo + lain2 barang bilik mandi.....
  6. Biskut + Kek Raya
  7. Tudungku....ni penting ni. Nanti susah aku nak matching dgn baju aku
  8. Barang2 anak aku lah......daipers, susu + baju2nya
  9. Laptop + broadband : Ni nak letak rumah aku nanti...senang anak buah aku nak mengodeknya
  10. Ada lagi.....MALAS lak nak tulis...heheheheh
Anyway....aku nak bagitau...aku tak beli lagi baju raya. Waaaaaaarghhhhh !! aku nak pakai jubah tahun ni, tapi tak jumpa lagi yang sesuai.
SELAMAT BERHARI RAYA !!!
Awalludin Ma'rifatullah