well....ni lah keluarga besar aku. Actually, ni tak cukup lagi...ada dalam rumah gak, tapi gagal dikesan : toilet lah tu. Ni rumah pusaka nenek moyang aku, rumah ni kalau tak silap aku, dah lebih 100 tahun. Ada 5 bilik rumah ni tapi bila time raya, ramai yang nak tidor kat luar...bergelimpangan. I miss this moment !!!!
Aktiviti aku bila time di kampung :
Malam raya - kat rumah ayahanda aku lah, start malam ada masak memasak, keluarkan mangkuk2 untuk sajian termasuklah biskut raya. Menu kali ni : Satay, roti jala + kari ayam, nasi beriani + lauk pauknya, spagetty (macam krismas lak), dan sotong sumbat pulut (ni masakan kelate, BEST). Malam tu aku tidor pkl 2.00pagi. Si qayyum buat perangai. Tahun ni maid dah balik kampung...aku tengok jer lah periuk2 makanan tu...sape lah yang kena basuh (aku dah agak sape...huhuhuhu)
Raya 1 : Pagi Raya, Kecoh + kelam kelibut. Mana taknya...nak kejutkan bangun pagi satu hal...nak mandi lagi satu babak ngeri. SEJUK beb !!! Macam ais. Aku dengan BAIK HATI nya masak air panas utk sesiapa yang nak mandi di pagi raya. La..la...la...la...la. Lepas sembahyang raya, aku ke rumah ibu mertua ku, seterusnya ke rumah bapak mertuaku (diaorang dah berpisah lama dah), dan ke rumah aku balik, dan macam tu lah. Ulang alik, nasib baik rumah2 tu sekangkang kera jer. So bila2 pun boleh sampai. Mak mertua aku masak ketupat daun palas hari raya (malamnya). PELIK jugak...selalu nya malam raya. Tak kisah lah.....aku TRY banyak kali menbungkusnya. GAGAL !!! Rasanya tangan aku tak cukup seni lagi ni. Akan ku cuba sampai berjaya ! Malamnya aku tidor kat chalet tepi pantai (rumah tumpangan mak mertua + sekeluarga). Rumah dia kecik, so tak dapat nak menampung cucu2 nya. Selalunya macam tu lah every year kami buat.
Raya 2 : Emm....ulang alik gak. Tapi malam tu kami (belah husband aku) buat BBQ. Aku tolong perap ayam + ikan jer. Selain tu.....aku MAKAN !!!!
Raya 3 : Layan tetamu kat rumah bapak mertua ku....PENAT, kena buat air banyak kali !!! Dalam pkl 3.00 aku gi rumah kawan baik aku masa sekolah rendah dulu, Len. Best gak kumpul kawan2 lama. Diaorang memang panggil aku 'Tuan'...kadang2 aku tak menyahut pun sbb dah lama orang tak panggil aku dengan panggilan tu. Fikir2 balik..lucunya nama tu.
Raya 4 : Pagi tu kami ke Terengganu (dlm 2 jam) sampai. Pi rumah makcik husband aku...kejap jer pi sana, pastu ke rumah kakak aku open house, then ke rumah kawan sekolah aku dulu, Ani...makan lagi. Huh !!! Kenyang tak tau nak cakap lah.
Raya 5 + seterusnya : Lepak kat rumah2 yang selalu aku tawaf, then ke Pengkalan Kubur...habiskan mana2 duit yang ada.
Well...dengan kata lain...RAYA memang S.E.R.O.N.O.K.
Awalludin Ma'rifatullah
Qayum muka tak rela dipeluk....
ReplyDeleteha..ha...
hahaha...mulut penuh biskut.
ReplyDelete